BALAI CERAP AL-KHAWARIZMI


















Kompleks Falak Al-Khawarizmi merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Melaka bagi mengkaji dan meneroka kejadian serta rahsia alam cakerawala. Jabatan Mufti Negeri Melaka telah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Melaka.

Terdapat tiga bangunan utama di dalam Kompleks Falak Al-Khawarizmi, iaitu Balai Cerap, Planetarium dan Pusat Latihan. Ketika ini bangunan Balai Cerap dan Planetarium telahpun beroperasi, manakala Pusat Latihan pula dijangka akan mula beroperasi pada akhir tahun 2007.

Dengan terbinanya Kompleks Falak Al-Khawarizmi ini, masyarakat akan dapat mempelajari Ilmu Falak dengan lebih mendalam lagi, Di samping itu, adalah diharapkan agar ilmu yang hampir dilupakan oleh generasi hari ini dapat dimartabatkan semula sebagaimana zaman kegemilangannya dahulu.

LAMAN WEB BALAI CERAP AL-KHAWARIZMI

 

Contact WEBMASTER ISMAH Beach Resort