ISMAH BEACH RESORT





























ISMAH Beach Resort
 
adalah resort budget yang privasi sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan dan kedamaian. Pasir pantai yang bersih, air laut yang tenang, kemudahan bilik untuk bermesyurat yang selesa sesuai untuk kursus, seminar dan riadah perkelahan. Pantai Padang Kemunting adalah salah satu pantai tercantik, yang belum tercemar dan terkenal di Negeri Melaka Bersejarah.

Disamping bercuti, anda boleh melawati sendiri tempat tempat bersejarah di Melaka yang sememangnya terkenal di seluruh Malaysia dan dunia. Keindahan perairan Selat Melaka boleh  memukau mata dan memberikan ketenangan emosi untuk dinikmati terutama di waktu senja.

Sama ada percutian sekeluarga, kursus, seminar atau secara berkumpulan, ISMAH Beach Resort menjanjikan akan kualiti perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan untuk semua.


Pihak resort ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi mengunjungi tempat kami yang sederhana ini.


Contact WEBMASTER ISMAH Beach Resort